Isnin, 4 November 2013

AYAM TUMIS ROS

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam dibasuh bersih
1 mangkuk santan
1 biji limau nipis diambil airnya
2 batang serai diketuk
1 biji telur
2 biji kentang
2 camca besar serbuk rempah
1 camca besar jintan manis
½camca besar jintan putih
1 camca kecil serbuk kunyit
2 biji buah keras
¼ buah pala
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm kulit kayu manis
Garam

Cara memasak:-
Telur dan kentang direbus, masukkan dalam perut ayam dan jahit kasar
Giling semua rempah dan campur dengan serbuk rempah
Panaskan minyak dan tumis rempah giling hingga wangi
Bila wangi, masukkan santan, ayam ,garam, air limau nipis dan balik-balikkan ayam
Bila sudah pekat, angkat dan bakar ayam dalam ketuhar sehingga masak
Hiaslah ayam ketika menghidang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan