Selasa, 5 November 2013

LOPES SAGU

Bahan-bahan:-
1 kati sagu halus
2 keping gula melaka
1 biji kelapa parut, putihnya sahaja
6 mangkuk sederhana air sejuk diwarna merah
1 mangkuk gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara membuat:-
Jerang air sehingga mendidih baru masukkan pewarna merah
Masukkan sagu, gula pasir ke dalam air tadi
Kacau hingga mendidih dan masak hingga pekat
Sudah masak, masukkan ke dalam acuan
Bila sudah sejuk, gaulkan dengan kelapa parut putih
Hidang bersama kuah gula melaka


Tiada ulasan:

Catat Ulasan