Sabtu, 26 Oktober 2013

PUDING EPAL

Bahan-bahan:-
4 biji epal
¼ cawan gula
½ cawan air
2 biji telur diasingkan putih dan kuning
¼ cawan mentega
Kepingan kulit lemon
90g pastri rapuh (jika suka)

Cara membuat:-
Kupas dan potong epal dan masak bersama cengkih, kulit lemon dan air
Kacau dengan camca sehingga menjadi kental
Pukul berasingan putih dan kuning telur berasingan hingga pekat
Masukkan kuning telur ke dalam gula dan mentega, kacau bersama kuah epal
Keluarkan kulit lemon dan tuang dalam bekas mentega
Tuangkan putih telur di atas
Kuah epal boleh dituangkan dalam acuan pai yang dilapiskan pastri dan ditutup dengan putih telur
Ataupun anda boleh campurkan putih telur dan kuah epal sebagai souffle

Bakar 10 minit dalam ketuhar panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan