Khamis, 17 Oktober 2013

DAGING PACAK


Bahan-bahan:-
1kg daging cincang
2 camca lada sulah
2 ikat daun ketumbar
5 ikat daun pudina
½ camca jintan putih
1 camca jintan manis
½ camca sajira (rempah seakan jintan tapi hitam,rasa seakan pudina.boleh didapati di kedai india muslim)
2 biji telur
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
Garam secukup rasa

Cara memasak:-
Lada sulah, sajira, jintan manis dan jintan putih digiling halus
Setelah itu campurkan daun pudina, daun ketumbar, bawang merah, bawang putih dan garam dan digiling halus
Pukul telur sehingga kembang and campurkan ke dalam daging cincang
Masukkan bahan yang digiling tadi dan kacau sehingga sebati
Setelah itu,kepal-kepalkan sebesar telur pada buluh yang diraut dan belitkan dengan lemak kambing supaya tidak jatuh

Bakar sehingga masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan