Selasa, 15 Oktober 2013

Air Buahan Tempatan Pelengkap Hidangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Untuk permulaan tinta, resipi hidangan ini adalah dalam satu hidangan..



SAMBAL DAGING
Bahan-bahan:-
500g daging
15 biji lada merah
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Ubi kentang mengikut selera

Cara memasak :-
Daging direbus sehingga empuk dan dipotong selebar 4cm atau sesedap mata memandang. 
Titikkan sedikit dan digoreng.
Gorengkan bawang dan tumiskan bahan-bahan yang lain dan setelah terbit minyaknya baru dimasukkan daging,ubi kentang dan tomato yang dipotong berbentuk dadu.
Siap dihidangkan...


AIR KELAPA DAN KOKTEL
Bahan-bahan:-
1 biji kelapa muda
2 biji limau nipis
1 koleh air gula
1 tin koktel
Beberapa ketul ais

Cara menyediakan:-
Kelapa muda diambil air dan isinya sahaja.
 Perahkan limau dan campurkan ke dalam air kelapa,air gula serta koktel.
Hidangkan bersama ketulan ais.


AIR MENTIMUN
Bahan-bahan:-
2 biji timun batang
1 koleh air gula
Beberapa ketul ais

Cara menyediakan:-
Timun batang dipotong dua dan dikisar menggunakan blender. 
Satukan bahan itu dengan air gula dan hidangkan bersama ketulan ais tadi.


AIR DURIAN BELANDA
Bahan-bahan:-
1 biji buah durian belanda
1 koleh air gula
Beberapa ketulan ais

Cara menyediakan:-

Kisar durian belanda dengan blender dan satukan bersama air gula(terpulang untuk menapis atau tidak kisaran durian belanda). 
Masukkan ketulan ais tadi.
Siap diminum

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan