Selasa, 15 Oktober 2013

SANTAPAN TETAMU DENGAN ROTI HASIL TANGAN SENDIRI



ROTI KENTANG REBUS
Bahan A:-
¼ cawan susu
¼ cawan air suam dicampur 45g yis basah

Bahan B:-
4 biji ubi kentang yang sudah direbus

Bahan C:-
3 ½ cawan tepung naik sendiri/tepung biasa

Bahan D:-
3 camca marjerin/mentega

Bahan E:-
1 camca gula

Bahan F:-
Secubit garam

Cara memasak:-
Campurkan bahan A pada bahan B dan diikuti dengan bahan C, D dan E. Uli perlahan-lahan dan biarkan ia naik selama 10 minit.
Kemudian bakar di dalam ketuhar yang sederhana panas selama setengah jam atau sehingga ia warna kekunig-kuningan muda.
Siap dihidang.



ROTI SAMBAL BERPINTAL
Bahan-bahannya:-

Untuk sambal:-
(A) 4-5 biji cili giling dikisar
(B) 6 biji bawang merah
(C) ½ mangkuk ikan bilis

Untuk roti:-
(A) 15g yis basah
(B) 1camca gula
(C) ¼ cawan susu suam
(D) 2 ½ cawan tepung gandum

Cara menyediakan:-
Sambal:-
Tumiskan (A) dan(B) , kemudian masukkan (C). Gunakan 3 camca besar minyak untuk menumis. Tambah garam secukup rasa.
 Roti:-
Masukkan bahan (A),(B),(C) kedalam (D) dan uli perlahan-lahan serta pintalkannya. Letakkan sambal di atas pintalan roti dan bakar sehingga masak.
Siap dihidang.




ROTI TELUR BERSERI
Bahan-bahan:-
(A) 1/4 cawan susu suam, secubit garam
(B) 15g yis dicampurkan dengan 1 ½ camca air suam
(C) 2 camca marjerin
(D) 2 cawan tepung naik sendiri
(E) ½ cawan tepung biasa
(F) 3 biji telur rebus

Cara membuat:-
Campurkan (A),(B),(C),(D),(E) sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan selama 10 minit dan uli lagi. Bentukkan/balutkan bahan tadi dengan (F). Bakar di dalam ketuhar sehingga warna kuning-kekuningan/coklat muda.
Siap dimakan.

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan