Rabu, 23 Oktober 2013

BAULU


Bahan-bahan:-
5 biji telur ayam
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula pasir
½ camca kecil esen vanila

Cara membuat:-
Tepung digoreng hingga kuning kemudian diayak dan biarkan ia sejuk
Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga gebu
Ambil secamca besar tepung yang digoreng tadi dan masukkan dalam campuran tepung dan gula tadi.
Gaul perlahan-lahan dan ulangi sehingga habis tepung yang digoreng tadi
Sesudah itu masukkan esen vanila
Panaskan acuan yang disapu minyak kemudian bakarlah kuih tadi dengan suhu 350 F kira-kira 10 minit

Keluarkan, sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan