Rabu, 23 Oktober 2013

CAKAR AYAM

Bahan-bahan:-
1kg ubi keledek
1 botol minyak masak (untuk menggoreng)
1 camca kecil kapur makan
½ kg gula merah

Cara membuat:-
Ubi dibersihkan dan dipotong halus sepanjang 2 inci, rendam dalam air kapur
Tapis dan keringkan seminit
Kemudian panaskan minyak dan goreng ubi itu sehingga kekuningan. Sejatkan minyak
Ambil kuali yang bersih, masukka ngula merah diiukuti air sebanyak 3 camca besar
Apabila gula sudah larut, masukkan ubi yang sudah digoreng tadi
Setelah itu masukkan ke dalam acuan dan tekan hingga pejal

Apabila sejuk bolehlah dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan