Rabu, 30 Oktober 2013

Coretan Kata Dari Saya

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA
Banyak lagi resepi yang akan saya berkongsi dengan pembaca sekalian dan seperti biasa resepi saya lebih pada zaman sebelum millenium iaitu agak retro dan mungkin menimbulkan pelbagai pertanyaan mana munculnya resepi ini
Sebenarnya mentua saya merupakan seorang yang aktif dalam BAKAT (Badan Kebajikan Angkatan Tentera) semasa mudanya dan saya pula seorang yang pasif dalam PERKEP (Persatuan Keluarga Polis) 
di  zaman muda ini (belum 30 tahun lagi)
Sepanjang saya balik ke kampung suami,seringkali saya terlihat coretan resepi di dalam buku lejar lama dan perlatan memasak lama yang disimpan rapi dalam kabinet dapur. Begitu juga jika saya mengunjungi rumah makcik suami saya yang merupakan bekas penaung Bakat bagi satu Briged pada suatu ketika
Mentua saya tersenyum setiapkali saya membelek dan cuba memahami apakah kaedah dan kandungan resepi dahulu dan mengatakan rugi jika tidak mencuba dan dia sedikit sebanyak mengajar saya perihal masakan dulu
Apa yang boleh saya simpulkan resepi dulu jika ringkas memang terlampau ringkas dan jika payah, memang terserlah kerumitannya tetapi ini menambahkan keinginan saya untuk mempelajarinya
Jadi buat pembaca sekalian, terungkailah segala makna resepi ini kerana sememangnya resepi ini adad sebelum saya lahir lagi..
Teruskan Mencuba Resipi Ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan