Isnin, 28 Oktober 2013

DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan:-
300g daging
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk kari
¼ cawan kerisik
1 biji kelapa diambil santan cair dan santan pekat
2cm halia
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1cm kayu manis
2 camca minyak
1 helai daun purut
Garam

Cara memasak:-
Daging dicuci dan dipotong sesedap hati
Tumbuk halia dan digaul bersama daging
Bawang merah dan putih dimayang halus
Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dimayang, cengkih, bunga lawang dan kayu manis
Bila bawang kuning masukkan rempah kari, daging dan santan cair
Bila empuk daging, masukkan santan pekat

Masak sampai pekat baru dibubuh daun limau purut, kerisik dan garam serta dikacau supaya jangan hangus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan