Bahan-bahan:-
1 kati/50g ikan
kurau atau jenak
1 tahil/50g cili
kering
1 tahil/50g buah
keras
1 ulas bawang putih
4 tahil/200g bawang
besar
2 batang serai
6 helai daun limau
purut dimayang/dihiris halus-halus
6 biji limau
kasturi
Sekerat daun pisang
Cara memasak:-
Bersihkan ikan
Cili kering, buah
keras, bawang putih,bawang besar dan serai digiling/ditumbuk halus
Tumis bahan-bahan
yang digiling/ditumbuk tadi dalam sedikit minyak panas hingga garing
Masukkan daun limau
purut
Letakkan ikan yang
dibersihkan tadi di atas sekerat daun pisang
Tuangkan
bahan-bahan yang ditumis tadi ke atasnya dan bungkus dengan rapi
Masukkan bungkusan
tadi ke dalam kertas timah dan bakar didalam ketuhar sehingga garing
Perah limau kasturi
di atas ikan bakar tadi semasa menghidangkannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan