Isnin, 28 Oktober 2013

NASI BERYANI

Bahan-bahan:-
1 ½ kg beras beryani
1kg daging
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5cm halia
3 biji limau nipis atau 1 cawan tairu
Segenggam lada hijau
Sedikit daun ketumbar
1 tin kecil puri tomato
1 tin susu cair
½ kg bawang kecil digoreng
1 tin sederhana minyak sapi
1 cawan minyak makan
Air mawar

Garam masala
2 camca besar jintan putih
2 camca besar jintan manis
1 camca kecil lada hitam
3 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Semua bahan ini digoreng dan kemudian giling halus

Cara membuat:-
Bawang besar dan halia ditumbuk
Daging dibersih dan dipotong lapan
Lada hijau dibelah dua
Campurkan daging bersama lada hijau yang dibelah, bawang besar dan halia yang ditumbuk bersama garam masala dan perap sekejap
Panaskan minyak biasa dan minyak sapi lalu dimasukkan daging yang diperap tadi
Masak menggunakan api perlahan sampai daging empuk
Setelah daging empuk, masukkan puri tomato, bawang goreng, tairu, daun ketumbar, cili muda ½ tin susu dan garam secukup rasa
Beras dicelur, bila setengah masak, angkat dan toskan
Bila semua sudah siap, lapiskan beras dengan daging berselang-seli sampai habis
Renjis dengan air mawar dan baki susu tadi
Masaklah menggunakan api sederhana sampai nasi masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan