Isnin, 28 Oktober 2013

RENDANG PEDAS DAGING

Bahan-bahan:-
1kg daging
3 biji kelapa
3 batang serai
1 plastik kecil cili boh
5 ulas bawang putih
30 ulas bawang kecil
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
½ cawan minyak

Cara memasak:-
Daging dibersih dan dipotong mengikut citarasa masing-masing
Serai, bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas digiling halus
Ambil secawan isi kelapa parut dibuat kerisik
Santan kelapa diasingkan pati dan santan cair
Panaskan minyak dan masukkan cili dan bahan yang digiling tadi sehingga naik bau
Masukkan daging dan santan cair
Bila separuh kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan santan pekat
Masaklah sehingga daging empuk dan kering sedikit kuahnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan