Khamis, 24 Oktober 2013

PUDING PISANG

Bahan-bahan:-
20 biji pisang emas atau beberapa biji pisang nangka (dipotong)
1 tin kecil susu cair
1 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
3 cawan santan diambil dari ½ biji kelapa
Sedikit garam halus

Cara menyediakan:-
Ramas telur dengan gula sehingga hancur
Tepung dibancuh dengan santan sampai sebati
Masukkan susu, garam dan gula yang diramas dengan telur tadi ke dalam tepung yang dibancuh
Pisang dibuang kulit dan aturkan ke dalam loyan sebiji-sebiji

Tuangkan adunan yang telah dibancuh tadi ke dalam loyang berisi pisang dan kukus hingga masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan