Isnin, 18 November 2013

APAM MAJMUK

Bahan-bahan:-
½ camca teh garam
2 biji telur
1 camca teh esen vanila
85ml air/santan
150g gula halus

Bahan A (diayak):-
170g tepung gandum
100g tepung beras
30g tepung jagung
2 camca teh serbuk penaik
½ camca teh soda bikarbonat

Bahan inti:-
120g mentega cair
Kacang tanah yang telah ditumbuk
150g gula halus
Krim jagung
Seri kaya

Cara membuat:-
Pukul garam, telur dan esen vanila
Masukkan semua bahan A dalam mangkuk
Masukkan campuran telur tadi, air/santan, dan gula halus
Kacau adunan dan tapis lalu disimpan dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam
Panaskan acuan apam atau kuali dan tuangkan adunan untuk membuat penkek
Taburkan sedikit gula, tutupkannya dan masak sehingga kuning keemasan
Sapukan sedikit mentega cair dan gunakan inti yang anda suka’
Lipatkan penkek adunan tadi dan keluarkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan