Isnin, 18 November 2013

KEK COKLAT

Bahan A (diayak 3 kali):-
300g tepung gandum
70g serbuk koko
1 camca teh serbuk penaik
¾ camca teh soda bikarbonat
1/8 camca teh garam

Bahan B:-
300g gula halus
150g mentega dicairkan
100ml susu segar

Bahan C (dipukul):-
3 biji telur
½ camca teh esen vanila

Cara membuat:-
Masukkan bahan A ke dalam mangkuk dan campurkan gula lalu dikacau
Campurkan bahan B dan kacau hingga sebati
Tuangkan bahan C dan kacau rata sehingga mendapat adunan licin
Tuangkan ke dalam tin pembakar yang dialas kertas disapukan minyak
Bakar dalam ketuhar 180 darjah Celcius selama 45 minit atau hingga masak
Keluarkan dan sejukkan kek sebelum menghidangkannya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan