Jumaat, 15 November 2013

AYAM ALA KISMIS

Bahan-bahan:-
4 keping dada ayam besar
4 camca besar mentega
1 cawan pati rebusan ayam
½ cawan daun bawang dipotong 4cm
1 camca besar daun selasih atau daun kesum
½ cawan puri tomato
120g kismis California

Untuk perasa:-
1 camca besar sos Worcestershire
½ camca teh lada
4 camca besar susu cair dicampurkan akhir sekali
Garam secukup rasa

Cara membuat:-
Cairkan mentega dan goreng ayam dalam mentega itu 10 minit sehingga kedua-dua belah bewarna keemasan, keluarkan dan toskan
Tuang mentega selebihnya, masukkan pati, rebusan ayam, daun bawang, daun selasih/daun kesum, puri tomato dan kismis
Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih
Masukkan semua perasa dan ayam tadi kecuali susu, tutup dan didihkan api perlahan selama 15 minit
Angkat periuk dan tuang susu cair ke atas masakan

Hidangkan dengan bunga kubis dikukus bersama sendikit mentega dan nasi atau makaroni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan