Jumaat, 15 November 2013

BISKUT LEMON KISMIS

Bahan A:-
75g tepung gandum
55g tepung jagung
¼ sudu penaik
Secubit garam
Semua bahan dicampur dan diayak

Bahan B:-
75g gula halus
150g kismis California
1 camca besar parutan kulit lemon
2 camca teh perahan lemon
1 biji telur dipukul
150g kelapa parut kering

Cara membuat:-
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius
Masukkan bahan A dalam mangkuk adunan dan potong marjerin ke dalamnya
Gaulkan dengan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan bahan B dan kacau hingga sebati
Kepalkan adunan seperti bola dan ratakan di atas kelapa parut
Leperkan sedikit adunan dengan tapak tangan dan letakkan di atas dulang pembakar yang diminyakkan pada jarak 4cm antara satu sama lain
Bakar dalam ketuhar 10 hingga 15 minit atau sehingga kuning keemasan
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan