Bahan-bahan:-
½ bungkus tepung pulut
3 mangkuk santan
1 mangkuk gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Pewarna merah dan hijau
Cara membuat:-
Uli tepung pulut bersama air garam hingga mudah dibentuk
Bahagi kepada dua bahagian dan warnakan satu merah dan
satu hijau
Bentukkan bulat-bulat sebesar guli
Masak air dan rebus bebola tadi sehingga timbul, toskan
Masak santan bersama gula, daun pandan dan sedikit garam
Apabila mendidih masukkan adunan yang ditoskan ke dalam
santan
Masak lagi hingga mendidih dan angkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan