Jumaat, 15 November 2013

PIC PULUT BERSANTAN

Bahan-bahan:-
1 tin pic (cling peach)
800g pulut
200ml santan pekat
1 ½ camca teh garam
3 helai daun pandan
1 cawan air
½ camca teh pewarna pandan

Cara membuat:-
Rendam pulut semalaman baru ditoskan
Kukus pulut bersama garam, daun pandan dan air
Apabila masak, masukkan santan dan kacau sambil dikukus lagi lima minit
Bubuh pulut dalam pinggan , tuangkan sos kelapa dan dihias hirisan pic

Bahan sos kelapa:-
Sirap buah pic
1 cawan air
Santan dari 1 biji kelapa diperah menggunakan dua cawan air
2 camca besar tepung pulut
2 atau 3 helai daun pandan

Cara membuat:-
Masukkan gula, air dan daun pandan ke dalam periuk dan jerangkan
Masukkan pula sirap pic dan santan, biarkan mendidih
Masukkan tepung pulut dan air, kacau sehingga pekat
Boleh dihidangkan sejuk atau panas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan