Jumaat, 15 November 2013

AYAM PANGGANG BERSOS EPAL

Bahan-bahan:-
6 ketul paha ayam
25g marjerin
Garam dan lada hitam untuk perasa

Cara membuat:-
Gaul ayam dengan marjerin serta ditabur garam dan lada hitam
Bubuh diatas dulang pembakar yang disapu minyak dan bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 30 hingga 45 minit atau empuk
Hidangkan ayam bersama kentang kukus, jagung bakar dan asparagus celur
Apabila hendak dimakan, tuangkan sos epal ke atas ayam

Bahan sos epal:-
200ml perahan epal
2 camca besar tepung jagung
3 biji epal merah dihiris nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuat sos:-
Masukkan perahan epal dan tepung jagung ke dalam periuk dan dikacau pada api sederhana
Apabila pekat dan mendidih masukkan semua bahan dan masak seminit lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan