Isnin, 18 November 2013

PUDING TEPUNG JAGUNG

Bahan-bahan:-
30 g tepung jagung
280ml santan
45g gula
2 helai daun pandan disimpulkan
Secubit garam
Pewarna yang disukai

Cara membuat:-
Bancuh tepung jagung bersama sedikit santan dan panaskan baki santan bersama daun pandan
Apabila santan hampir mendidih, tuangkan ke dalam bancuhan tepung jagung sambil dikacau
Masak semula hingga pekat dan mendidih, keluarkan daun pandan
Masukkan gula, garam dan pewarna
Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibilas dengan air sejuk baru sejukkan
Simpan dalam peti sejuk dan hidangkan apabila hendak dimakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan