Isnin, 18 November 2013

ROTI PERASA LIMAU

Bahan A (diayak):-
200g tepung beserbuk penaik
Sedikit garam

Bahan B:-
75g gula halus
1 camca teh parutan kulit limau

Bahan C:-
1 camca besar jem limau
2 camca besar minyak jagung
2 biji telur dipukul
7 camca besar susu cair
1 camca teh esen vanila
½ camca teh serbuk buah pala
½ camca teh serbuk kayu manis

Cara membuat:-
Masukkan bahan A ke dalam mangkuk dan campurkan bahan B
Buat lubang di tengah adunan, masukkan bahan C dan kacau rata-rata
Tuangkan adunan tadi ke dalam tin pembakar empat segi yang dialas kertas disapu minyak
Bakar dalam ketuhar 190 darjah Celcius selama 30 ke 40 minit atau sehingga masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan