Isnin, 28 Oktober 2013

ACAR BUAH

Bahan-bahan:-
500g buah-buah jeruk limau, pala dan sebagainya
Kismis dan prun
15 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
3cm halia, dimayang
15-20 biji cili kering
Sedikit cili padi, direndam dalam cuka selama 2 hari
½ cawan cuka
Sedikit gula
Garam
Minyak untuk menumis

Cara membuat:-
Cili kering dbuang biji dan digiling
Panaskan periuk dan tumis minyak
Masukkan cili dan kacau sampai wangi
Masukkan cuka, gula, garam dan kacau rata
Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sambil dikacau
Akhir sekali masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai rata
Bila elok masaknya, angkat dan sejukkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan