Isnin, 28 Oktober 2013

KURMA AYAM

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
4 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
½ camca besar jintan putih
1 camca teh kas kas
1 camca teh lada putih
2cm kulit kayu manis
8 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
¼ isi buah pala
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3cm halia
Daun saderi
Daun pudina
Garam
1 tin tairu/susu masam
1 tin kecil susu cair
Minyak sapi untuk menumis

Cara memasak:-
Ayam disiang ikut citarasa sendiri
Ketumbar, jintan manis, jintan putih, kas kas, lada putih digiling halus
Giling bawang putih dan merah bersama halia
Gaul semua bahan yang digiling termasuk bawang bersama ayam dan biarkan dulu
Panaskan minyak sapi dan tumiskan cengkih, kayu manis, buah pelaga dan buah pala
Masukkan ayam yang digaul tadi bersama susu cair dan sedikit air
Masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk
Bubuh garam, daun saderi, daun pudina dan bawang besar yang dibelah empat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan