Selasa, 15 Oktober 2013

ANEKA JENIS MEE MENYULAM HIDANGAN



MEE REBUS
Bahan-bahan:-
500g mee
15 tangkai cili kering
1kg ubi keledek (direbus)
10 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
300g udang
Segenggam tauge
Seikat sawi
5 keping tauhu
3 biji telur
3 camca gula
Ubi kentang mengikut suka
Lobak merah sesedap selera
Kobis mengikut citarasa
3 helai daun sup
3 helai daun saderi

Untuk hiasan:-
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara memasak:-
Udang dikupas kulit dan direbus bersama kulitnya sekali sehingga mendidih. 
Setelah itu dihalusi kulitnya dan ditapis. 
Keledek yang telah direbus dilenyek bersama air dan ditapis. Ambil airnya sahaja.
Tumiskan lada kering,bawang putih,bawang merah yang telah dikisar.
 Setelah itu masukkan air rebusan udang. 
Bila mendidih tuangkan pula air keledek tadi. 
Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang diikat bersama. 
Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan baru diangkat.
Kobis dan sawi dipotong halus. Tauhu digoreng dan dipotong.
Gorengkan udang dan masukkan mee,sayur dan tauhu.
 Balik-balikkan bahan itu seketika baru diangkat.
Sewaktu hendak menghidang, letakkan kentang rebus, lobak merah rebus, telur, 
bawang goreng dan tuangkan kuah tadi.
Hidangkan bersama hirisan limau kasturi atau limau nipis.


MEE GORENG
Bahan-bahan:-
500g mee kuning
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih(dikisar)
40 biji cili padi(terpulang pada selerabagi yang gemar pedas)
250g udang
Bebola ikan mengikut suka
1 camca gula
3 biji tomato
Kicap
Kobis
Sawi
Tauhu
Telur

Cara memasak:-
Goreng udang dahulu dan masukkan bawang merah diikuti dengan bawang putih
 dan juga cili padi sebiji serta gula.
Kemudian masukkan juga sayuran dan kicap.
Akhir sekali masukkan tomato dan balik-balikkan. 
Siap dihidang.


MAKARONI GORENG
Bahan A:-
20 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan B :-
250g daging(direbus dan dipotong halus)/ ½ bungkus daging cincang
Gula secukup rasa

Bahan C:-
Sawi mengikut rasa
Garam secukup rasa
3 biji tomato

Bahan D :-
1 bungkus makaroni

Bahan E:-
2biji telur(dibuat telur hancur)

Cara memasak:-
Tumiskan bahan A dan masukkan bahan B. Kacau sehingga naik bau.
Masukkan bahan C selama 5 minit dan selepas itu masukkan bahan D dan
kacau rata sehingga sebati.
Hidangkan dan tabur bahan E.

Siap dimakan. 


CUBA-CUBALAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan