Khamis, 17 Oktober 2013

AYAM TANDOORI

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam muda
5 tahil/250g minyak sapi
1 ½ tin tomato puree
2 biji telur ayam
1 cawan buah badam

Rempah-rempah:-
½ camca besar lada hitam
2 camca besar jintan manis
2 camca besar jintan putih
1 inci kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
Sedikit kas-kas
1 cawan buah badam
Sedikit halia

Cara memasak:-
Kesemua rempah digiling halus/ditumbuk lumat
Tomato puree digaul bersama rempah tadi
Bahagian dalam perut ayam dibasuh dan digaul bersama sedikit rempah
Tumis bahagian ayam tadi hingga kuning dan masukkan ke dalam perut ayam bersama telur yang direbus
Jahit/tutup kembali perut ayam
Rempah yang selebih nya digaul dengan ayam
Panaskan minyak sapi  dalam kuali dan masukkan ayam sambil dikacau hingga garing

Tabor di atasnya dengan badam dan kismis goreng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan