Khamis, 17 Oktober 2013

BENGKANG DAGING AJAIB

Bahan-bahan:-
600g daging
300g kentang
2 biji lobak merah
6 biji telur
2 camca teh lada hitam
1 camca teh jintan manis
½ camca teh kas-kas
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia, garam mentega dan serbuk roti

Cara memasak:-
Lada hitam, jintan manis, kas-kas, bawang merah, bawang putih dan halia digiling halus
Lobak merah dan kentang direbus dan ambil lobak merah dan 3 ketul kentang untuk dihias/diukir mengikut citarasa masing-masing.
Kentang yang lebih dilecek dan dicampurkan dengan sedikit mentega
3 biji telur direbus manakala daging dicampurkan dengan bahan yang digiling dan dikacau di atas dapur hingga kering
Sapukan bekas acuan dengan mentega dan taburkan serbuk roti
Angkat daging dan sejukkan. Masukkan telur yang tidak direbus ke dalam daging dan kacau sehingga rata
Letakkan daging di sekeliling bekas acuan dan ruang tengah acuan diletak telur rebus, lobak dan kentang yang diukir/dihias, kentang yang dilecek
Kemudian  tabur serbuk roti dan bakar hingga ½ jam

Keluarkan dari acuan bila sejuk dan hias dibawahnya dengan salad dan lobak yang lebih tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan