Khamis, 17 Oktober 2013

KUZI AYAM

Bahan-bahan:-
2 ekor ayam
1 biji lobak merah
Sedikit kacang buncis
5 biji tomato
6-8 lada merah
250g bawang merah
250g halia
150g bawang putih(ditumbuk)
1 pain/586ml susu masam(tairu)
¼ cawan air mawar
10 biji buah badam
Sedikit daun ketumbar
1.5kg beras Basmathi
300g minyak sapi

Bahan untuk digoreng:-
3cm kulit kayu manis
8 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan rempah:-
1 ½ camca teh serbuk lada
1 camca teh jintan putih
1 camca besar serbuk kari
1 camca teh lada hitam

Cara memasak:-
Beras dibasuh dan masukkan dalam periuk bersama 4 ½ cawan air, 1camca besar garam dan masak
Panaskan kuali bersama 300g minyak sapi dan masukkan kesemua bahan rempah dan goreng sehingga wangi
Sesudah itu masukkan pula satu genggam bawang merah dan goreng sehingga kuning
Masukkan juga 1 atau 2 camca besar halia dan bawang putih. Goreng sehingga wangi
Selepas itu masukkan ayam dan lebihan bawang merah, halia dan bawang putih
Masukkan pula susu masam(tairu), tomato, lada merah, garam secukup rasa dan tutup kuali
Selepas 10 minit, buka dan masukkan badam, kacang buncis, lobak merah dan daun ketumbar
Bila ayam sudah ¾ masak tutup api dan hidangkan dengan kuahnya sekali
Masukkan ke dalam nasi yang separuh masak dan letak di atas nasi tadi
Taburkan dengan air mawar, kacang gajus dan kismis.

Siap dihidang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan