Khamis, 17 Oktober 2013

IKAN SENANGIN KUKUS

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan senangin
5 biji telur ayam
½ gelas santan pekat
2 helai daun kunyit dihiris halus
2 helai daun limau purut dihiris halus
1 camca teh serbuk kunyit
Garam mengikut rasa

Bahan untuk digiling:-
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ ruas lengkuas
1 camca teh jintan putih
1 camca teh halba

Cara memasak:-
Ikan dipotong dua lalu dibersihkan dan direbus dengan segelas air
Kemudian ambil isinya
Gaulkan bahan yang digiling bersama garam dan santan pekat sehingga sebati
Pecahkan telur dan kacau sedikit lalu masukkan ke dalam adunan giling tadi dan gaul sekali bersama isi ikan
Masukkan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak

Untuk kuahnya:-
6 biji bawang merah
½ ruas halia
½ ruas lengkuas
1 ½ gelas santan dicampur air rebusan ikan tadi
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugur

Cara menyediakan:-
Rebus semua bahan untuk kuah sehingga sebati

Langkah terakhir:-
Apabila hendak makan, tuangkan kuah ini ke atas ikan yang dikukus tadi

Boleh dihiaskan dengan daun sup, salad dan tomato

Tiada ulasan:

Catat Ulasan