Khamis, 24 Oktober 2013

PUDING JINTAN MANIS SERBUK BUAH PALA

Bahan-bahan:-
10 biji telur ayam
500g gula melaka
½ cawan gula putih
2 ½ cawan santan pekat
½ camca teh serbuk biji pala
½ camca teh serbuk kayu manis
½ camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh vanila
Sedikit garam

Cara menyediakan:-
Hancurkan gula melaka ke dalam santan pekat bersama gula pasir
Kacau sehingga hancur dan tapis
Asingkan kuning telur dan ambil putih telur,dikacau dan campur ke dalam adunan gula melaka tadi
Masukkan pula serbuk pala, kulit kayu manis, jintan manis dan garam dan kacau rata
Masukkan juga vanila dan garam

Tuangkan adunan ini ke dalam acuan kecil dan kukus selama 1 ½ jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan