Khamis, 17 Oktober 2013

UDANG GORENG ASAM JAWA


Bahan-bahan:-
1 kati/0.5kg udang sederhana besar
4 biji bawang besar dimayang/dihiris halus-halus
2 biji lada merah dihiris
Sedikit garam dan gula
4 tahil/200g asam jawa

Cara memasak:-
Kupas kulit udang dan bersihkan. Toskan udang seketika supaya hilang air basuhan tadi
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan udang
Balik-balikkan seketika dan masukkan bawang serta lada merah
Masukkan air asam jawa, gula dan garam

Biarkan mendidih sekejap, angkat dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan