Isnin, 4 November 2013

RENDANG BALDU

Bahan-bahan:-
1 kati daging
2 biji kelapa diambil santan
4 batang serai
4 tahil cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
Sedikit ketumbar

Cara memasak:-
Daging dibersihkan, toskan dan rebus hingga empuk baru disiat-siat halus
Serai dihilis halus manakala cili, bawang merah dan putih ditumbuk lumat
Goreng ketumbar tanpa minyak hingga berbau wangi
Daging yang disiat tadi dimasak bersama santan, cili yang ditumbuk dan serai
Kacau rata dan biarkan kering menggunakan api sederhana
Ketumbar yang digoreng tadi ditabur ke dalam rendang yang kering
Akhir sekali rasa garamnya,angkat dan hias dengan bunga lobak merah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan