Isnin, 4 November 2013

DALCA AYAM

Bahan-bahan:-
2 kati ayam dipotong kecil-kecil
1 ½ cawan kacang dal dicuci dan ditoskan
1 pain air
2 biji ubi kentang dipotong kecil
2 biji terung dipotong kecil
1 camca teh serbuk kunyit
2 camca besar serbuk rempah kari ayam
½ camca teh garam
4 camca besar minyak masak

Bahan giling:-
3 biji cili hidup
3 biji cili kering
2 inci halia
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Cara memasak:-
Jerangkan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan kacang dal, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan biarkan mendidih
Pijarkan minyak dan tumis bahan giling hingga naik minyak
Masukkan tumisan tadi dalam kuah dal mendidih tadi
Masukkan garam, ubi kentang, terung, ayam dan masak hingga ayam empuk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan