Isnin, 4 November 2013

BILIS KACANG TUMIS

Bahan-bahan:-
1 cawan ikan bilis
1 cawan kacang tanah
½ cawan minyak untuk menggoreng
6 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
¼ cawan sos cili
Garam secukup rasa
Beberapa titik seasoning  perasa maggi
            
Cara memasak:-
Ikan bilis dibersihkan dan digoreng
Kacang tanah direndam dan buang kulitnya dan sebahagian ditumbuk lumat, sebahgian lagi dibiarkan saja
Cili, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk 2 minit
Masukkan ikan bilis goreng, kedua-dua bahagian kacang sos cili dan garam
Kacau rata-rata

Masakan ini boleh dihias dengan tomato potong melintang dan timub berbentuk bunga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan