Isnin, 4 November 2013

KARI TELUR

Bahan-bahan:-
4 biji telur
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili muda
2 camca besar serbuk kari
2 cawan santan
¼ cawan minyak masak
2 camca besar kicap
2 biji tomato dipotong kecil
Garam secukupnya
1 camca teh air limau nipis

Cara membuat:-
Telur direbus dan dikupas
Bawang besar dan bawang putih dicincang halus
Cili muda dibelah dua, serbuk kari dibancuh bersama sedikit air
Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dicincang sehingga kuning
Masukkan rempah kari, cili, tomato dan kicap, biar garing
Masukkan santan ,telur dan garam, biarkan hingga mengelegak baru dikecilkan api dan masak hingga pekat kira-kira lima minit
Sebelum menghidang, telur dibelah dua dan atur dalam pinggan
Perah asam limau nipis sikit dalam kuah santan (kari) dan curahkan kari di atas telur dan hias dengan daun pudina


Tiada ulasan:

Catat Ulasan