Khamis, 7 November 2013

MURTABAK CREAM CRACKERS

Bahan-bahan:-
600g daging cincang
600g bawang besar dipotong dadu
400ml santan
1 tin besar susu cair
36 keping biskut cream crackers
Seikat daun sup dan daun bawang dihiris
6 biji telur
Garam secukup rasa
1 bungkus rempah kari daging
1 senduk minyak untuk menumis
10 biji lada merah dihiris bulat (lebihkan jika suka pedas)

Bahan digiling:-
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5cm halia

Cara membuat:-
Panas minyak, tumis bahan berempah bersama bahan giling hingga wangi
Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar
Masak hingga kering lalu sejukkan
Masak susu dan santan biar hingga mendidih, baru masukkan garam dan angkat
Susun 9 keping biskut dalam acuan 8x8 inci yang disapu mentega
Taburkan daging yang digoreng, daun sup dan bawang, lada
Jiruskan 2 biji telur yang dipukul
Buatlah berulang-ulang, 4 lapis biskut dan 3 lapis daging yang digoreng
Telur yang terakhir dijirus pada lapisan terakhir bersama lebihan santan
bakar lebih kurang 1 ½ jam dalam ketuhar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan