Isnin, 4 November 2013

GULAI SIAM

Bahan-bahan:-
600g daging
20 tangkai cili kering
10 batang serai dihiris
2cm lengkuas
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
Sedikit terung pipit
3 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau, dibelah dua
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
10 biji lada hitam

Cara memasak:-
Daging dibersih dan dipotong kecil-kecil dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Diperap 10 minit
Serai, lengkuas, cili, bawang putih, bawang merah,lada hitam dan belacan digiling halus
Masukkan daging, bahan yang digiling dan santan cair ke dalam periuk dan dijerang di atas api
Bila daging empuk, masukkan terung pipit, daun limau purut, cili hijau dan santan pekat

Bila terung empuk dan rasa sekata baru diangkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan