Isnin, 4 November 2013

RENDANG DAGING DAN KENTANG

Bahan-bahan:-
600g daging
600g kentang
1 ½ biji kelapa dibuat santan cair dan pekat
½ biji kelapa dibuat kerisik
20 tangkai cili kering
3cm halia
3 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dicarik-carik
2 keping asam gelugur
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cawan miyak masak
Garam

Cara memasak:-
Daging dipotong sesedap hati
Kentang dipotong empat atau enam
Cili, halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah dihiris halus
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah, serai, halia dan daun kunyit
Bili kuning, masukkan bahan yang dihiris tadi dan bila wangi baru dimasukkan santan cair dan daging
Bila daging empuk, masukkan kentang, santan pekat dan akhir sekali kerisik dan garam
Sesudah masak, angkat dan hiaslah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan