Rabu, 6 November 2013

KEK LAPIS SUSU

Bahan-bahan:-
5 biji telur ayam
¾ cawan mentega
1 cawan air sejuk
1 tin susu manis
50g tepung gandum
½ cawan gula halus
Sedikit pewarna kuning dan hijau

cara membuat:-
Pukul telur dan gula hingga sebati
Masukkan susu, tepung gandum, mentega dan air sejuk, kacau rata
Adunan dibahagikan dua, sebahagian diwarnakan kuning dan sebahagian lagi warna hijau
Selepas itu kukus berlapis-lapis selang seli, anggaran secawan untuk selapis
Acuan disapu minyak,kemudian ditabur tepung sedikit
Air kukusan mestilah mendidih, sebelum dikukus kek


Tiada ulasan:

Catat Ulasan