Isnin, 4 November 2013

KETAM MASAK MANIS

Bahan-bahan:-
2 ekor ketam
½ camca besar cili giling
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 biji telur dipukul sedikit

Bahan untuk bancuhan tepung:-
½ camca besar tepung jagung
2 gelas air
2 camca sos tomato
Semua bahan ini dibancuh bersama

Cara memasak:-
Ketam dibersihkan dan potong dua jika suka
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih, cili boh garing sedikit
Setelah itu masukkan ketam dan garam secukupnya
Biarkan ketam masak sedikit
Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam ketam
Setelah itu masukkan telur yang dipukul dan rasa
Hiaslah ketam dengan daun saderi, cili bunga dan tomato


Tiada ulasan:

Catat Ulasan