Isnin, 4 November 2013

OTAK LEMBU MASAK SARAWAK

Bahan-bahan:-
1 ketul otak lembu
2 batang serai
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
20 biji cili api
2 helai daun kunyit
3 cawan santan
1 inci halia
½ inci kunyit hidup

Cara memasak:-
Otak lembu dibersihkan dan dibuang urat-uratnya kemudian dicelur sekejap dan toskan airnya
Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup ditumbuk lumat
Gaulkan pada otak lembu
Masukkan santan serta serai yang dititik
Apbila mendidih, angkat dan masukkan daun kunyit baru dirasa garamnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan