Jumaat, 1 November 2013

KUIH LAPIS (GENGGANG)

Bahan-bahan:-
¼ camca teh garam
Beberapa titis pewarna merah dan biru

Bahan A:-
75g tepung beras
50g tepung kanji

Bahan B:-
430ml santan
100g gula
4 helai daun pandan

Cara membuat:-
Masukkan bahan A ke dalam mangkuk
Masak bahanB menggunakan api perlahan sehingga gula hancur, sejukkan
Tuangkan bahan B kedalam bahan A, kacau dan tapis
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan merah muda, biru dan dibiarkan putih
Kacaukan 3 ¼ camca besar adunan putih dan tuangkan ke dalam dulang pengukus dan kukus hampir masak
Tuangkan pula 3 ¼ camca besar adunan biru ke atas adunan putih hampir masak tadi
Bust begitu juga pada adunan merah
Ulangi sehingga tinggal 3 ¼ camca besar merah muda
Tambahkan pewarna merah untuk mendapatkan warna merah tua
Apabila permukaan lapisan akhir adunan biru masak, tuangkan adunan merah tua tadi

Kukus selama 20 minit baru disejukkan dan potong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan