Jumaat, 1 November 2013

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan:-
60g tepung beras
1 cubit garam
40g gula pasir
70ml air
2 helai daun pandan
Bebrapa titis pewarna yang anda suka
¼ camca teh air abu
20g kelapa parut putih

Cara membuat:-
Masak gula, air dan daun pandan sehingga gula hancur, sejukkan
Masukkan tepung beras dan garam ke dalam mangkuk
Tuangkan air gula tadi dan kacau
Masukkan air supaya mendapat 280ml adunan baru masukkan air abu
Masukkan beberapa titis pewarna
Panaskan acuan kuih lompang di dalam pengukus selama 10 minit
Kacau adunan dan tuangkan ke dalam acuan dan kukus 20 minit
Apabila masak, sejukkan dan keluarkan
Bubuh kelapa parut digaulkan garam ke dalam lubang kuih lompang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan