Khamis, 7 November 2013

SAMBAL GORENG PENGANTIN

Bahan-bahan:-
600g daging cincang
300g hati dan pedal ayam
300g udang basah
300g bawang besar
10 keping tempe
10 keping tauhu
Sedikit cili merah
Sedikit cili hijau
8 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci lengkuas
½ keping belacan
1 ½ biji kelapa diambil santan pekat
1 buku asam jawa
2 camca makan cili boh
2 helai daun salam
1 senduk minyak (untuk menumis)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:-
Daging, hati dan pedal direbus dan dipotong dadu
Tempe dan tauhu dipotong dadu
Goreng berasingan tauhu, tempe, daging, hati, pedal dan udang. Ketepikan
Hiris bawang putih, serai, lada merah dan lada hijau dan goreng. Ketepikan
Panaskan minyak dan tumis cili boh, lalu masukkan lengkuas dan serai
Belacan diramas dengan air asam, tuangkan ke dalam kuali tadi
Masukkan santan, gula dan garam
Masukkan bahan yang digoreng tadi dan kacau rata


Tiada ulasan:

Catat Ulasan