Selasa, 26 November 2013

SUP BAWANG PERANCIS

Bahan-bahan:-
6 biji bawang besar
100g mentega
1 camca teh lada hitam
1 ½ liter air rebusan tulang dan daging (stok)
2 keping roti dibuang kerak
75ml air dicampur 75ml cuka
50g keju parut

Cara membuat:-
Kupas kulit bawang dan potong bulat
Panaskan 75g mentega, masuk bawang besar dan masak hingga layu
Masukkan lada hitam dan air rebusan
Masak sehingga mendidih baru kecilkan api dan biarkan 10 minit
Masukkan air campuran cuka tadi dan rasa sup tadi
Panaskan baki mentega dalam kuali dan goreng roti yang dipotong dadu
Angkat dan toskan roti goreng tadi
Semasa menghidang masukkan sup ke dalam mangkuk dan tabur roti dan keju parut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan